Terbang Pertama Naik Flight
Hi Assalamualaikum semua..
So mesti korang end up kat sini sebab nak cari tau pasal terbang pertama kali ke KL kan ? So.. kat bawah ni Nurul ada list down benda nak buat almost A-Z. sebab Nurul first dulu search benda ni xberjaya jumpa. So Enjoy!
1. Beli Tiket Paling Kurang Seminggu Sebelum Tarikh nak jalan
So first mestilah nak beli tiket penerbangan dulu kan.. hehe so suggestion Nurul ialah Beli tiket AirAsia kerana tiketnya lebih murah berbanding syarikat penerbangan yang lain. Beli online saja.
TIPS: TIKET PALING MURAH ADALAH PADA HARI SELASA. Tiket flight ni harga pandai berubah-ubah so kena sentiasa pantau. kalau nak pilih seat dekat tingkap, ada bayaran tambahan untuk Airasia dan free untuk Mas. Window seat ni biasanya bermula dengan huruf A atau F. lepastu, Kalau purchase tiket airasia sahaja, awak boleh bawak 1 handbag atau bag laptop dengan 1 hand baggage sahaja. benda ni boleh refer kat sini. Maximum 7kg sahaja tau untuk dua beg ni. kalau rasa nak bawak barang banyak boleh purchase check in luggage.
2. Tiba awal di Lapangan Terbang
ini adalah benda basic. kita mestilah ada kat lapangan terbang tu awal sikit (10-20minit). xpa awal, yang penting jangan lewat sebab nanti sia-sia tiket yang dah beli tu, tak boleh refund tau. Most airport memang akan sediakan pelbagai kemudahan seperti charging station, tandas dan surau, kedai makan, kedai baju, kedai cenderehati dan banyak lagi. tapi kalau bab makan, baik beli makanan kat luar. tapi kalau rasa tak sempat, boleh lah berlapar sekejap, masuk dalam flight, tunggu take-off pastu nnt flight attendant akan jual makanan bagi AirAsia (lebih murah daripada makanan kat airport) menu kat pocket depan tempat duduk kita nanti dan MAS pula akan bagi makanan free.
3. Check in
lepas dah sampai airport, boleh lah check-in dekat mana-mana kiosk self-checkin. Nurul prefer check in kat airport berbanding check in online sebab xpayah susah-susah nak print boarding pass, sebab masa check in kat kiosk dia tolong print kan boarding pass. kalau ada luggage yang nak check in boleh terus ke kaunter luggage checkin.
Contoh Kiosk Check in
4. Boarding
ok dekat boarding pass nanti dia ada tulis masa boarding, gate, dan seat. ikut sahaja arahan dan tanda jalan. stay lah dekat boarding gate. boleh lah cari tanda depature hall nanti. bila dah masuk boarding gate, terus pegi imigresen dan serah IC dan boarding pass tadi untuk dia cop. lepastu kena lalu security tau. masukkan semua barang dalam bekas yang disediakan. tengok sahaja orang kat depan awak tu hahaha macam tu lah Nurul masa first time dulu.
5. Depature Lounge
selepas security tadi awak akan masuk depature lounge di mana ada banyak gate pelepasan dan banyak kerusi disediakan. awak tengok kat boarding pass, dia akan tulis GATE. haaa cari gate yang dia tulis tu dan stay berhampiran ok. nanti biasanya 10minit sebelum penerbangan, orang ramai akan beratur untuk pemeriksaan tiket. lepas tu boleh la masuk dalam kapal terbang.
6. Semasa penerbangan
dah masuk dalam kapal terbang, cari seat yang betul. beg selain handbag boleh letak dalam compartment atas tempat duduk tu. dengar betul-betul arahan semasa dalam flight. satu lagi tips untuk sakit telinga atau tersumbat telinga masa dalam flight, awak buat-buat menguap acah-acah ngantuk, insha allah ok la telinga tu. Nurul pernah try kunyah gula getah tapi tak menjadi haha
7. Landing
masa dah landing tu, lepas dah boleh bukak seat belt, boleh lah collect bag dari compartment atas atau pun terus keluar pegi baggage pickup. sesetengah airport akan ada pemeriksaan kastam dan ada yang tak ada. so awak boleh terus ikut tanda jalan EXIT. kalau ada orang yang tunggu awak, alhamdulillah. tapi kalau awak sendiri, boleh la pesan MYCAR atau GRAB untuk ke destinasi seterusnya. kalau awak sampai kat KLIA atau KLIA2, boleh ikut tanda jalan menuju kearah BAS untuk ke KL Sentral sebab bas lebih murah berbanding KLIA Express.
oklah maybe ini sahaja Nurul boleh share untuk entry kali ni, next time insha Allah nurul buat entry itinerary maybe? depends on idea la ok! terima kasih sudi baca. Assalamualaikum, BYE!

Comments
Post a Comment